NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

Saturday, 31 December 2011

seandainya........

Seandainya
Orang suka berkata-kata
Ingat bahawa setiap kata-katanya
Di catat malaikat kiri dan kanan
Tentunya dia lebih suka
Diam daripada bercakap kosong

Seandainya
Orang yang suka mengata itu
Ingat akan hisab Allah
Ingat akan mahkamah Allah
Tentunya dia tidak suka mengata
Kerana setiap amalnya
Akan menjadi milik orang yang dikata

Seandainya
Orang yang suka mengumpat
Ingat akan ancaman Allah
Nescaya tidak tersebar
Berita-berita aib orang lain

Seandainya
Orang yang suka mencari salah orang lain
Ingat akan peringatan Allah
Nescaya dia malu untuk menuduh orang lain
Kerana orang yang di tuduh
Lebih mulia  dari orang yang menuduh

Seandainya
Orang yang suka berprasangka
Ingat akan sabda junjungan
Nescaya dialah orang
Yang sentiasa berprasangka baik
Dengan orang lain

Seandainya
Semua orang ingat Allah
Semua orang ingat Rasulullah
Semua orang ingat mahkamah Allah
Indahnya akhlak Islam yang di cetak
Hubungan tiada retak
Seluruh penghuni langit juga bersorak

No comments:

Post a Comment