NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

Thursday, 29 December 2011

PERUBAHAN UNTUK KEJAYAAN...


Hanya manusia satu-satunya ciptaan allah yang boleh merubah nasibnya sendiri.
Allah mencipta tetapi dia memberi manusia kuasa untuk membentuk kehidupan dan kejayaan,
Pelajaran psikologi yang berguna :-
Kita boleh mengubah nasib dengan mengubah cara pemikiran kita.
Berjuta orang telah dapat mengubah diri...
dari LEMAH menjadi CEKAL..
PENAKUT menjadi BERANI...
MALAS kepada RAJIN...
BERDOSA kepada BERBAKTI...
TIDAK BERGUNA kepada SRIKANDI..
dan dari  MISKIN menjadi KAYA...
Kita boleh mengubah diri kita dengan mengubah cara pemikiran,sikap dan amalan.
Kita dapat mengubah diri kita dengan mencontohi orang yang terkemuka.
Kita dapat mengubah dengan sentiasa belajar dan membaca,bertafakur dan berdoa.
Cara paling mudah dan segera untuk merubah peribadi ialah dengan mempunyai satu matlamat dan berusaha ke arahnya.
Kita hidupkan detik kehidupan kita hanya sekali,tiada siapa yang tahu bila masa dan saatnya ia akan berhenti. Dari itu setiap amalan yang berguna harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh kerana tiada siapa tahu bila kehidupan itu akan mati...

No comments:

Post a Comment