NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

Saturday 31 December 2011

temanku, aku ingin.....



Teman tersayang, aku ingin kita seperti Abu Bakar al- Siddiq,
Persahabatan di jalin kerana al-Khaliq,
Harta di korban sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insane tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara
Meyskini Allah sebagai penjaga

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Quyb,
Ketika  berhadapan dengan tali maut,
Akidah mamtap tidak terrenggut,
Roh dakwah tidak surut,

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan hajjaj dengan rela,
Bersama ibu si tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga..

Marilah kita menyemai benih Hassan al- banna,
Fikrahnya jernih, menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun di ancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf.
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun di humban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi.
Aku igin pesahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di Mahkamah Mahsyar nanti.



seandainya........

Seandainya
Orang suka berkata-kata
Ingat bahawa setiap kata-katanya
Di catat malaikat kiri dan kanan
Tentunya dia lebih suka
Diam daripada bercakap kosong

Seandainya
Orang yang suka mengata itu
Ingat akan hisab Allah
Ingat akan mahkamah Allah
Tentunya dia tidak suka mengata
Kerana setiap amalnya
Akan menjadi milik orang yang dikata

Seandainya
Orang yang suka mengumpat
Ingat akan ancaman Allah
Nescaya tidak tersebar
Berita-berita aib orang lain

Seandainya
Orang yang suka mencari salah orang lain
Ingat akan peringatan Allah
Nescaya dia malu untuk menuduh orang lain
Kerana orang yang di tuduh
Lebih mulia  dari orang yang menuduh

Seandainya
Orang yang suka berprasangka
Ingat akan sabda junjungan
Nescaya dialah orang
Yang sentiasa berprasangka baik
Dengan orang lain

Seandainya
Semua orang ingat Allah
Semua orang ingat Rasulullah
Semua orang ingat mahkamah Allah
Indahnya akhlak Islam yang di cetak
Hubungan tiada retak
Seluruh penghuni langit juga bersorak

happy new year!!! ^_^ -------->matlamat baru,impian baru dan juga hidup yang baru....

salam!
sedar tak sedar 2011 yang penuh dengan mimpi indah dan mimpi yang xberapa nak indah da berakhir..cepatnya..azam-azam yang tahun lepas pun xtercapai lagi..tapi dah stat nak mengarang azam baru...ahahaha..xsalah pun kan...kita merancang dan Allah yang menentukan..betul kan. jadi, kena banyak berdoa la, supaya azam kali ni lebih menjadi..eh, buat pertama kalinya saya membebel dalam blog yang baru di buat ini..waa..da ada perubahan sbb saya malu ni nak membebel dalam blog..(malu ke??)
hmmm...nak mengarang apa lg ni??

 

Azam tahun baru saya!!
  • berubah menjadi lebih baik(tidak kira dari segi apa pun..semua lah..)
  • impian:- try untuk menhabiskan degree yg bagi saya, susah gile!!
  • matlamat:-nak bekerja cpt2(pastu bleh kawen..ahaha..)

Thursday 29 December 2011

saya percaya..hidup itu indah..^o^

 
Apapun urusan kita, ikatlah ia dengan Allah. Apabila diikat dengan makhluk, jika makhluk itu runtuh…habislah kita!! akan turut runtuh sepertinya…sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Rendahkanlah diri sama ada dalam posisi orang yang menasihati ataupun dinasihati. Orang yang menasihati perlu berfikir banyak kali akan cara yang paling hikmah dan orang di nasihati perlu cepat menerima jika sesuatu itu merupakan suatu kebenaran Allah. 
(have Allah, have faith)

PERUBAHAN UNTUK KEJAYAAN...


Hanya manusia satu-satunya ciptaan allah yang boleh merubah nasibnya sendiri.
Allah mencipta tetapi dia memberi manusia kuasa untuk membentuk kehidupan dan kejayaan,
Pelajaran psikologi yang berguna :-
Kita boleh mengubah nasib dengan mengubah cara pemikiran kita.
Berjuta orang telah dapat mengubah diri...
dari LEMAH menjadi CEKAL..
PENAKUT menjadi BERANI...
MALAS kepada RAJIN...
BERDOSA kepada BERBAKTI...
TIDAK BERGUNA kepada SRIKANDI..
dan dari  MISKIN menjadi KAYA...
Kita boleh mengubah diri kita dengan mengubah cara pemikiran,sikap dan amalan.
Kita dapat mengubah diri kita dengan mencontohi orang yang terkemuka.
Kita dapat mengubah dengan sentiasa belajar dan membaca,bertafakur dan berdoa.
Cara paling mudah dan segera untuk merubah peribadi ialah dengan mempunyai satu matlamat dan berusaha ke arahnya.
Kita hidupkan detik kehidupan kita hanya sekali,tiada siapa yang tahu bila masa dan saatnya ia akan berhenti. Dari itu setiap amalan yang berguna harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh kerana tiada siapa tahu bila kehidupan itu akan mati...