NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

Tuesday, 2 December 2014

Akhir 2014, Satu Harapan ^_^



Assalamualaikum !

Sepanjang hampir 12 bulan ni, aku langsung tak menulis belog ni. Bukan melupakan, tapi terlalu sibuk sampai tak sempat pun nak update belog ni.. (alasan ?) Ternyata menceburkan diri di dalam alam pekerjaan sangatlah memenatkan badan, dan kadang-kadang rasa tertekan jugak.


Namun, aku bersyukur. kerana sehingga saat ni, masih diberi kekuatan dan kesempatan olehNya untuk tetap bernafas, berdiri, berjalan dan beramal padaNya. Malu kerana sering leka mengejar duniawi yang tidak kekal ini.

Banyak perubahan yang berlaku. Terlalu cepat putaran masa berlalu. Perkara yang lepas, aku lipatkan, biar jadi memori dan pengajaran untuk aku terus melalui jalan yang serba berliku ini. Baru aku sedar, perubahan untuk kebaikan, terlalu banyak ujian.. kan? Percaya lah ujian itu sebenarnya mahu menghapus dosa-dosa yang terlalu banyak :)

Gambar dibawah sekadar selingan.. hihihi ~~ untuk para gadis dan para jejaka sekalian.


Ok, sebenarnya aku sendiri pun menanti-nanti dan mendoakan semoga langkah bakal zauj aku dimudahkan untuk menghalalkan aku. Semoga bakal zauj aku dapat membinbing aku ke jalan yang diredhaiNya. Allah sedang merancangkan sesuatu yang terbaik untuk kita wahai bakal zauj. Aku sabar menanti kamu :) 

Wah, kuatnya aku berangan. Ya lah, dah tua tau sekarang ni... jadi tiba masa untuk mendoakan semoga dimudahkan jalannya. Dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. 


Bosan tak entry kali ni? hahaha.. bukan apa, sebab nak isi jugak satu dua belog untuk tahun 2014.. nanti tahun 2015,, aku nak jadi masterchef plak.. nak jugak share resepi masakan aku (cewah, sebenarnya baru nak belajar masak !! grrr ).. 




Terimalah diri ini seadanya ya.. don't judge me :) 





No comments:

Post a Comment