NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

Monday 8 December 2014

MENYERAH, TIDAK BERERTI KALAH

Assalamualaikum pembaca maya..


Tajuk entry ni macam tak best kan? Haha.. Ya, tak best pun. Sebab aku tiba-tiba terfikir nak tulis sesuatu yang agak bermotivasi. Kadang-kadang kita terpaksa mengalah, nak ja melawan (debabomm), tapi kebanyakan perkara, aku dibiarkan saja. Aku menyerah dengan keadaan tidak puas hatinya (tak baik kan aku??).



Inilah penyebabnya aku menyerah. Aku tak mau kemarahan tu menguasai diri aku. Setiap kali nak marah, aku akan motivasikan diri sendiri dengan memikirkan baik buruk kemarahan aku tu. Kadang-kadang terasa dipijak-pijak, digunakan dan etc etc. Aku tetap membiarkan tanpa sikit pun marah kat sesiapa yang berkenaan itu (tapi kot blakang, aku pot pet pot pet jugak.kekonon lepas raa marah.hahahaha).




Selalunya orang akan amik kesempatan atas kebaikan kita. Tapi tak apalah, cubalah untuk ikhlas, tolong orang keranaNya, Tak perlu minta ganjaran pada orang. Biarlah orang memanfaatkan kebaikan kita. Mungkin Allah hantar kita untuk membantu dia. Bila kita mudahkan urusan orang lain, In Sya Allah, Allah mudahkan kita. Jangan fikir bukan-bukan sebenarnya (suka sangat negative..hahaha).

Cewah, setiap perenggan nak letak quotation lah ni? hahaha.. Pulun cari quote sebab hobi aku memang kumpul banyak-banyak quotation ni. Bila aku rasa down, aku akan baca dan gelak sorang-sorang... sebab quote ni macam kena dengan aku. Tu salah satu benda yang akan aku buat untuk membuatkan semangat yang hilang kembali pulih... hihihi..




Oh bunga ros... cantiknyaa.. nak jadi mawar berduri.. cantik di pandang,namun sukar dipegang ^_^.
Rasanya sampai kat sini ja nak pot pet pot pet.. Macam dah tak ada idea bernas ja. 


Semoga hari ini lebih baik dari semalam wahai sekalian makhluk. Peace. Assalamualaikum!




Tuesday 2 December 2014

Akhir 2014, Satu Harapan ^_^



Assalamualaikum !

Sepanjang hampir 12 bulan ni, aku langsung tak menulis belog ni. Bukan melupakan, tapi terlalu sibuk sampai tak sempat pun nak update belog ni.. (alasan ?) Ternyata menceburkan diri di dalam alam pekerjaan sangatlah memenatkan badan, dan kadang-kadang rasa tertekan jugak.


Namun, aku bersyukur. kerana sehingga saat ni, masih diberi kekuatan dan kesempatan olehNya untuk tetap bernafas, berdiri, berjalan dan beramal padaNya. Malu kerana sering leka mengejar duniawi yang tidak kekal ini.

Banyak perubahan yang berlaku. Terlalu cepat putaran masa berlalu. Perkara yang lepas, aku lipatkan, biar jadi memori dan pengajaran untuk aku terus melalui jalan yang serba berliku ini. Baru aku sedar, perubahan untuk kebaikan, terlalu banyak ujian.. kan? Percaya lah ujian itu sebenarnya mahu menghapus dosa-dosa yang terlalu banyak :)

Gambar dibawah sekadar selingan.. hihihi ~~ untuk para gadis dan para jejaka sekalian.


Ok, sebenarnya aku sendiri pun menanti-nanti dan mendoakan semoga langkah bakal zauj aku dimudahkan untuk menghalalkan aku. Semoga bakal zauj aku dapat membinbing aku ke jalan yang diredhaiNya. Allah sedang merancangkan sesuatu yang terbaik untuk kita wahai bakal zauj. Aku sabar menanti kamu :) 

Wah, kuatnya aku berangan. Ya lah, dah tua tau sekarang ni... jadi tiba masa untuk mendoakan semoga dimudahkan jalannya. Dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. 


Bosan tak entry kali ni? hahaha.. bukan apa, sebab nak isi jugak satu dua belog untuk tahun 2014.. nanti tahun 2015,, aku nak jadi masterchef plak.. nak jugak share resepi masakan aku (cewah, sebenarnya baru nak belajar masak !! grrr ).. 




Terimalah diri ini seadanya ya.. don't judge me :)