NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

Sunday, 7 April 2013

Perjalanan Yang Indah

Assalamualaikum pembaca maya.

Seriusly, lama tak update blog ni. sebenarnya, macam-macam benda yang di story morykan di sini.. tetapi memandangkan terlalu banyak komitmen, jadi baru hari ni la dapat mengarang cerita perjalanan hidup aku yang penuh berliku. Dari dulu sampai sekarang, memang sebagai manusia biasa, kita tak akan terlepas daripada melalui kehidupan yang mencabar. tak nama hidup la kalau tak ada cabaran kan?

ya cabaran yang paling sengit aku perlu lalui adalah pada bulan lepas. di mana aku berada di dua persimpangan yang perlu aku pilih..yang pastinya, aku hanya perlu memilih satu sahaja. aku membuat pilihan bekerja dan aku telah melepaskan peluang untuk memhabiskan degree aku. memang pada zahirnya, semua orang akan menyatakan aku membuat pilihan yang merugikan kerana hanya satu semester sahaja yang perlu aku habiskan.

namun, aku membuat keputusan ini berdasarkan petunjuk daripadaNya. Pada pandangan sesetengah orang,aku ini mengejar material semata, tetapi pada hakikatnya, aku melangkah ke alam pekerjaan dengan satu misi.aku menganggap peluang ini sebagai titik permulaan untuk aku mencapai misi aku. aku akan memberikan sepenuh usaha dan aku ingin berjaya dalam karier aku walaupun aku masih lagi di bawah. aku tidak perlu terlalu takut dengan apa yang akan berlaku dan tidak juga perlu memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini kerana Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. aku percaya pada qada dan qadar Allah. 

apa misi aku? biarlah ianya terlakar dalam hati dan tiada sesiapa mengetahui kerana misi ini terlalu besar nilainya jika aku mencoretkan semuanya disini. setelah hampir 2 minggu aku berada di tempat kerja, aku memang merasakan perasaan yang berbeza. Alhamdulillah, semua melayan aku dengan baik. Aku bersyukur dan berharap ukhwah yang terjalin ini, biarlah kerana Allah SWT. Moga aku di jauhi dari segala keburukan dan kecelakaan. aminn ya rabbal a'lamin.

setelah pelbagai ujian yang aku lalui sepanjang pengajian, akhirnya aku merasakan ada ketenangan di sini. aku perlu fokus pada kerja.. hee..


hopefully, keberadaan aku di sini dapatlah meringan kerja di sini tanpa membuat masalah-masalah..grrr. 
masih banyak ilmu yang pelu di pelajari di sini.. dan yang pastinya, aku akan sedaya upaya, memberi komitmen yang terbaik. 

jutaan terima kasih kepada mak n abah serta seluruh kaum kerabat yang banyak memberi dorangan dan kepada para pensyarah yang menyokong keputusan aku, dan tidak lupa juga pada kawan-kawan yang mendoakan aku.. aku juga doakan kalian berjaya.


time's up!!

#mengharapcintasejatimendambakasihIlahi#

No comments:

Post a Comment