NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

Tuesday 15 January 2013

assalamualaikum dunia..

mood sekarang : mood exam

Ada lagi 2 paper nak kena lalui.
1. project management
2. statutory valuation

Bagi aku, semua paper pon susah sangat (sbb xbape cerdik kan, mang la ckp camtu). tapi aku try buat yang terbaik jugak. Walaupun pada hakikatnya, jiwa raga ni mang dah xda kat sini lagi. Rasanya, habis degree ni, habis la, tamau sambung dah. Dengan kepandaian yang tak da ni, dan tahap kemalasan pom tinggi, aku rasa setakat degree ni sahaja. hehehe

Sekarang ni pun, dugaan kecik-kecik pun takleh nak handle lagi. Tapi dengan kekuatan dariNya, aku bersabar jugak. Mungkin aku yang terlalu mengikut emosi. Emosi ni kadang-kadang susah nak jangka. Dalam duk berazam nak jadi sabar, pemaaf etc, ada saja benda mai nak bantutkan niat ni. Saja la tu, Allah nak uji, boleh ka dak nak lawan suma tu kan? yeah positif sikit lah !





owhyeah ! bukak je chapter baru ea, kalo chapter yang sebelum ni, sangatlah annoying, membusankan dan menguji kesabaran. Ah, kalau aku emosional sangat pon, xkan ubah apa-apa. Malah menyakitkan hati saja. jadi, biarlah ujian itu singgah sebentar, dan aku hadapinya dengan tenang.. dan akhirnya, ujian itu berlalu tanpa memberi kesan negatif, malah mungkin akan menjadi satu pengajaran yang di dalamnya penuh dengan hikmah Allah. waw, waw, waw !

Tengah tak sabar tunggu hari nak balik rumah. Tapi sebelum balik rumah, kena setel dulu FYP. Haish, xpandai la nak buat benda tu. Bagi orang yang bijak pandai, mungkin senang ja kot. Tapi bg orang seperti aku ni, memang susah sangat la. Tak terdaya nak buat. Tajuk pun masih terkontang kanting. orang lain dah buat pun bapa chapter da. Tapi xpe, usaha tangga kejayaan. try jugak buat slow-slow. harharhar.. !

Apa-apa pun, kena usaha gigih sikit, untuk balas jasa orang-orang dibawah ni..tengok2 !

Mak dan Abah. love both of you.muah
So, kalaupun rasa dah give up sangat hidup ini, aku akan bangun balik. Untuk pastikan aku berjaya balas budi mak dan abah yang dah banyak korbankan macam-macam kat aku. terima kasih yang berjuta-juta buat mereka. Mak, abah, miss u so much !

oklah, sampai kat sini saja ya.. nak sambung study project management pulak. !
wish me luck ok ..

mengharapcintasejatimendambakasihIlahi :)







No comments:

Post a Comment