NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

Wednesday, 23 January 2013

kisah aku dan sahabat

sahabat,
jangan pernah menjauh, 
walau kita berada jauh.

sahabat,
kita punya kisah..
adakala suka, adakala duka..
kita tetap bersama-sama.

sahabat,
andai mampu waktu berputar,
aku ingin kita bersama,
seperti masa-masa lalu.

sahabat,
andai aku tak mampu jadi yang terbaik, maafkan aku.
andai aku mengasari tanpa sedar,maafkan aku.
andai aku punya kekurangan, maafkan aku.

sahabat,
kita tidak pernah lari dari membuat salah,
walau sengaja atau tanpa disengajakan,
kita tertanya hanyalah manusia biasa,
manusia yang tidak sempurna.

sahabat,
aku tulis cerita ini dengan linangan air mata,
kerana aku rindu pada sahabatku,
moga segala kenangan indah yang kita ukir,
akan sentiasa kita kenang,
sebagai memori terindah !

Selamat tinggal buat sahabat-sahabat aku yang baru saja meninggalkan aku, tidak kurang dari 72jam yang lalu. rasa sedih la pulak... u'ol, i will gonna miss our friendship. 

gambar-gambar kat bawah ni, aku dan rumet ak prank kan besday girl, huda.. kononnya tak cukup bajet, kami mampu beli mamee ngan air vitagen je.. ahaha.. yang lawaknya, aku ngan ainun mang xpandai nak prank2 orang ni...





huda kiss ainun..omel angat !

huda kiss ja..kiutnyaaaa..ahaha

hepi sangat malam tu, sambut besday huda and farewell party untuk huda dan ja. tak tau la bila dapat jumpa lagi. aku harap, persahabatan yang kami bina, tak kan terputus sampai bila-bila. Aminn..

semoga jumpa lagi ye :)

*nurshafikah luv u :) *

mengharapcintasejati, mendambakasihIlahi :)






Tuesday, 22 January 2013

kemerdekaan yang seketika :)

assalamualaikum sahabat maya :)

akhirnya, selesai jugak exam ! yeay ( sambil lompat-lompat) ahaha.
merdeka la aku untuk seketika walaupun ternyata masih ada kerja yang menanti.
apa lagi kalau bukan final year project. terasa susah betul nak buat suma benda tu.
dan agak menyusahkan rasanya. tapi untuk mendapatkan degree, aku kena buat jgk !
yeah, go-go ! ni sambil-sambil tulis belog, aku dengar lagu " keajaiban cinta- adira ft alif aziz ".
best la lagu ni,,,,

Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi terlukis dalam khayal
Betapa ku junjung setia

Biar waktu terus berlalu
Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Biar hujan yang turun membasahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu datang memeluk daku


psttt..this song, i dedicate to my beloved future husband... :)



comel x? thanx kepada yang memberi... marie dan comel ni teman tdo aku setiap malam.ahaha..
hepi sangat tu. ok, jangan hepi sangat lah sebab FYP xsiap lagi.masih terkontang-kanting. tolong semangat ok !
kuat-kuat-kuat ! hee

ok lah, da nak tdo dah..nite2...

mengharapcintasejatimendambakasihIlahi :)





Tuesday, 15 January 2013

assalamualaikum dunia..

mood sekarang : mood exam

Ada lagi 2 paper nak kena lalui.
1. project management
2. statutory valuation

Bagi aku, semua paper pon susah sangat (sbb xbape cerdik kan, mang la ckp camtu). tapi aku try buat yang terbaik jugak. Walaupun pada hakikatnya, jiwa raga ni mang dah xda kat sini lagi. Rasanya, habis degree ni, habis la, tamau sambung dah. Dengan kepandaian yang tak da ni, dan tahap kemalasan pom tinggi, aku rasa setakat degree ni sahaja. hehehe

Sekarang ni pun, dugaan kecik-kecik pun takleh nak handle lagi. Tapi dengan kekuatan dariNya, aku bersabar jugak. Mungkin aku yang terlalu mengikut emosi. Emosi ni kadang-kadang susah nak jangka. Dalam duk berazam nak jadi sabar, pemaaf etc, ada saja benda mai nak bantutkan niat ni. Saja la tu, Allah nak uji, boleh ka dak nak lawan suma tu kan? yeah positif sikit lah !





owhyeah ! bukak je chapter baru ea, kalo chapter yang sebelum ni, sangatlah annoying, membusankan dan menguji kesabaran. Ah, kalau aku emosional sangat pon, xkan ubah apa-apa. Malah menyakitkan hati saja. jadi, biarlah ujian itu singgah sebentar, dan aku hadapinya dengan tenang.. dan akhirnya, ujian itu berlalu tanpa memberi kesan negatif, malah mungkin akan menjadi satu pengajaran yang di dalamnya penuh dengan hikmah Allah. waw, waw, waw !

Tengah tak sabar tunggu hari nak balik rumah. Tapi sebelum balik rumah, kena setel dulu FYP. Haish, xpandai la nak buat benda tu. Bagi orang yang bijak pandai, mungkin senang ja kot. Tapi bg orang seperti aku ni, memang susah sangat la. Tak terdaya nak buat. Tajuk pun masih terkontang kanting. orang lain dah buat pun bapa chapter da. Tapi xpe, usaha tangga kejayaan. try jugak buat slow-slow. harharhar.. !

Apa-apa pun, kena usaha gigih sikit, untuk balas jasa orang-orang dibawah ni..tengok2 !

Mak dan Abah. love both of you.muah
So, kalaupun rasa dah give up sangat hidup ini, aku akan bangun balik. Untuk pastikan aku berjaya balas budi mak dan abah yang dah banyak korbankan macam-macam kat aku. terima kasih yang berjuta-juta buat mereka. Mak, abah, miss u so much !

oklah, sampai kat sini saja ya.. nak sambung study project management pulak. !
wish me luck ok ..

mengharapcintasejatimendambakasihIlahi :)







Sunday, 13 January 2013

selamat pagi alam maya...

pagi yang sejuk..pagi yang menyenangkan..
pagi yang indah, sila bawa segala duka ini. 
pagi yang mententeramkan,
sila hilangkan luka di hati ini dari memori.

ingin sekali menyatakan perasaan sebenar padamu,
agar kau mengerti, jiwa ini marah padamu !
untuk kesekian kalinya, aku tersungkur lagi.
jatuh dan tanpa aku sedari,
kesakitan ini terlalu dalam untuk diubati.

bangunlah, misi hidup ini belum berakhir,
bangunlah, akhir cerita ini tidak perlukan kesedihan.
bangunlah, bersama semangat yang baru
semangat yang tak pernah luntur..

jika suatu hari nanti kau menyedari silapmu,
mungkin itu lebih baik dari kau tak pernah menyedarinya..
walaupun, ketika itu aku tak lagi bersamamu.

redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah
marah itu mudah, sabar itu indah
benci itu dendam, maaf itu penyejuk hati :)

thanx for giving too much hurt..
thanx for everything !

<<<<mangharapcintasejatimendambakasihIlahi>>>



Friday, 11 January 2013

selamat jalan kisah lalu dan selamat datang kehidupan baru

Assalamualaikum...

waw2, dah tinggalkan 2012 rupanya..cepat masa berlalu. dan yang paling penting sekali, dah nak sampai ke garisan penamat untuk hidup yang penuh kenangan manis dan pahit...ahaha...(apakah?)

selamat datang ya tahun 2013..!!


Dream ! please come true !!

lama tak update pape lam belog ni. jadi dengan tiba-tiba rasa nak mengrang pulak kan..walaupun tada orang nak baca kot..xbest pun belog ni..just suka2 ja...

azam tahun ni, nak jadi lebih baik dalam segala hal meskipun tahu banyak kekurangan yang perlu di perbaiki. apa yang penting, nak jadi penyabar (rasa tak cukup sabar lagi). apa pun terjadi, nak redha. InsyaAllah.. yang penting, dah ada nawaitu, moga Allah permudahkan. amin.

"redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" (kepada zuraimi, sila seronok sbb permintaan anda telah ditunaikan.)

kadang-kadang walaupun sesuatu perkara tu, kita tak suka dan tak dapat terima, tapi jika kita ikhlas, kita akan tau bahawa Allah tak pernah kejam. Malah, hikmah yang kita terima dari segala sesuatu tu, cukup indah, SubhanaAllah.

Buang rasa benci, tanamkan rasa cinta pada semua.. pasti hidup akan lebih bahagia.
Dendam  itu hanya menghancurkan hati, jadilah seorang yang pemaaf.
Buruk sangka  akan membuatkan hati menjadi tidak tenang.

Jangan mengadili seseorang dan menghukum mereka seolah-olah kita terlalu baik dan tak punya dosa (eh, tiba2..ni mang cakap untuk diri sendiri tau ).. sebab tu, penting sangat untuk maafkan apa yang orang buat kat kita. Yang kita buat kat orang, kadang-kadang kita tak sedar jugak kan..dan kita pun mesti harap orang maafkan kita. hmm..susah jugak tu..kalau tak di maafkan macam mana? (huwaaa!!! maafkan aku)

oklah, dah mengantuk..sampai sini saja..

sekian,

.......................................................mengharapcintasejatimendambakasihIlahi........................................................................................................................................................................................................................................................................................end of story..........................................................................