NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

NUR SHAFIKAH MAT AKHIR

Saturday 20 October 2012

keindahan yang datang sementara...

Hidup ini memang merupakan pejalanan yang penuh masalah..
Penuh cubaan, penuh dugaan,
Dan jika aku mampu melaluinya,
Mengharungi dengan penuh kesabaran,
Maka aku akan memperolehi keputusan yang terpuji.
InsyaAllah...

monolog hati :)

Ternyata, aku bukan lah seorang yang penyabar. Adakalanya lemas meniti masalah yang mendatang. Tidak kira lah dari segi apa pun, aku masih bukan seorang yang kuat.

Permulaan yang indah. Tak dapat aku bayangkan bahawa itu lah saat terindah yang paling saya ingati dan mungkin selepas ini, ia bukan lagi indah, Ia hanya akan menjadi memori yang tersimpan kemas dalam hati saya. Mahu menjerit pun, seisi alam pasti tak mengerti dan yang pasti tidak haruslah aku berpaling hanya untuk mengumpul kenangan yang pada akhirnya hanya menjadi sejarah yang mungkin jau akan melukakan,
Terlalu dalamkah rasa yang menghimpit, hingga perlu membawa luka ke mana-mana sahaja? Aku harap, aku dapat membuang semua itu dengan ikhlas. Tidak perlu terlalu mengharap pada dunia yang sementara, sedang yang kekal masih ada. Tapi, kerana aku juga manusia biasa, jadi dengan angkuhnya, masih mengejar dunia ini dan terkadang lalai denganNya. Betapa manusia itu selalu menzalimi diri mereka sendiri dan aku adalah salah seorang daripadanya.

Aku tidak mengharapkan ia kembali, Tidak mengharap lagi untuk memiliki hal yang sememangnya bukan milik aku, cuma aku mahukan petunjuk yang membawa kepada kebenaran. Aku juga tahu Allah lebih mengetahui hal yang terbaik, namun masih jua mahu mengetahui hikmah yang terselit di sebalik kejadian.

Ah, terlalu berkiaskah aku? untuk sembunyikah semua ini?hehehe....
*p/s: xkan suma benda pun nak habaq kannnn.....? ;)

#Setiap kesedihan pasti ada penghujungnya...
  keadaan apa pun yang di alami sekarang,
  pasti akan berganti dengan keadaan yang lain,
  jadi, bersabarlah......





Tuesday 3 July 2012

CINTA AGUNG- MAWADDAH

Aku tahu Engkau Tuhanku
Adalah cinta agung
Akupun mahu mencintai-Mu
Aku tahu mencintai-Mu amat perlu
Dia kemuncak daripada
segala kebahagiaan
Aku berusaha kearah itu
Tapi cintaku pada-Mu Tuhan
selalu terganggu
Oh banyak..yang datang menganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempersona menggamit selalu
Diwaktu itu
Lupa ku pada Mu
Cintaku..jauh sekali
Sekali sekala
Datang juga
Walaupun sedikit
Terasa indahnya
Kemudian lupa lagi
Adakalanya lupa ku pada Mu berpanjangan sekali
Kemudian sekali sekala
sedar kembali Engkau Cinta Agung
Engkau patut dicintai
Selepas itu ku lupa lagi
Begitu cinta ku kepadamu Tuhan
dengan kelalaian silih berganti
Oh Tuhan…
Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan rahmat-Mu
Bantulah aku mencintai-Mu
agar cinta yang palsu
terbunuh sendiri
itulah harapanku
pada-Mu…

TENANGKAN HATIKU YA ALLAH

Ya Allah, ketika hatiku bercelaru,
Tenangkanlah aku...

Rasa Bertuhan- Mawaddah

Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati n jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya
Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....
Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat
Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya
Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

.......................................................................................................................
ini rintihan ku ^_^

tidak akan didengari.....ianya hanya sepi......
biar dibawa angin,,,,

sesuatu yang menyakitkan...
sesuatu yang bagai menghiris hati..
namun, ku tersenyum jua akhirnya..
sambil butir-butir mutiara mula membasahi pipi..
wajarkah menilai aku sebegitu?
begitu hinakah aku?
sungguhpun aku ini insan yang serba lemah,
janganlah memandangku dengan demikian rupa..
tiap manusia pasti ada kelemahan,
dan itulah kelemahan aku...
menilai tanpa mengetahui siapa aku..
aku juga punya perasaan..
walau sakit hati ini di perlakukan,
aku tidak akan sesekali membalasnya....
aku cuma bersedih, biarlah aku menjadi penyabar..
biarlah aku dikatakan bodoh kerana tidak melawan..
kerana aku tidak tahu apakah pengakhiran hidupku.
tidak wajar rasanya menghakimi apa yang telah terjadi..
tidak mungkin semua orang dapat menerima kekurangan diri ini..
aku bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan...
Kuatkan hambaMu ya Allah.
berilah jalan yang terbaik untuk hambaMu ini....

mendamba cinta sejati,
mengharap kasih Ilahi :)





Saturday 30 June 2012

bersabarlah wahai hati..


Bila mana kata-kata kurang enak di lempar,
Aku mendengar namun tidak membalas,
Aku membiarkan kata-kata itu berlalu,
Bukan aku tidak sedar semuanya tertuju untukku,
Namun, demi meneruskan apa yang belum selesai,
Aku tidak melawan, jauh sekali membalasnya,
Kerana, aku ingin menjadi yang sabar,
Yang mampu memaafkan khilaf yang lain,
Yang mampu memadam api kemarahan,
Yang tidak menyimpan dendam,
Yang masih menyayangi walau di caci,
Aku ingin menjadi seperti itu..

Sekuat itukah hatiku?
Sedaya yang mungkin aku mencuba menjadi sekuat itu,
Terima kasih ya Rabb atas kekuatan itu...

Sunday 24 June 2012

~PAGI YANG INDAH~

Di sebabkan seharian saya tido, jadi pagi ni kena lah bersenkang mata untuk cuba memahami setiap baris ayat yang ada didalam buku law ni...exam dah dekat sangat-sangat tapi masih tertanya-tanya, "dalam kepala aku ni, dah banyak ilmu ke?" dan jawapan yang pasti, sudah tentulah yang ada dalam buku lagi banyak dari yang ada dalam otak.
Sesungguhnya, terlalu sukar untuk orang yang kurang cerdik macam saya ni untuk memahami apa yang telah belajar. Tapi sekuat daya, saya mencuba untuk melepasi setiap apa yang sedang saya lalui. Tak kiralah pahit ke, manis ke, saya cuba menjadi kuat demi keluarga tercinta. Yang mengharapkan saya berjaya di dunia dan di akhirat.
Walaupun kadang-kadang rasa tak berdaya sangat-sangat, tapi bila memikirkan "aku belajar hanyalah kerana Allah", hati jadi kembali tenang dan mula merasa ujian sewaktu belajar ni adalah untuk menguji tahap kesabaran saya.

puisiku....

bibir tak mampu berbicara...
hanya tinta yang mampu melakar segalanya,
dingin pagi bagaikan tak terasa,
angin malam bagaikan terhenti,
di segenap ruang yang kosong itu,
tinggallah aku seorang diri,
mencuba dengan sekuat hati..

walau di sindir dengan kata yang kesat,
walau di cerca dengan seribu hinaan,
walau langkahku seakan tak berdaya,
walau sejuta kata dilontar..
hanya kerana ingin melihat aku tersungkur..
aku tetap akan cuba berdiri.

kerana keyakinan ku pada yang satu,
yang mentadbir alam ini,
yang membolak balikkan hati ini,
kerana ketentuan itu sudah pasti,
ianya sudah tertulis....

lalu, mengapakah harus aku merasa bersedih?
kerana Allah itu maha mendengar,
Allah itu maha melihat,
biarlah Dia yang mengadili segala sesuatu,
aku hanya mampu berserah padaNya..

terima kasih ya Allah...
bimbinglah hatiku...





Tuesday 19 June 2012

dunt be sad o.O

Ya Allah, kenapa semua ini terjadi padaku?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)

Ya Allah, mengapa terlalu berat ujian ini?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)

Ya Allah, terasa lemahnya menghadapi semua ini...

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
(Al-Imran: 139)

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
(Yusuf: 12)

Ya Allah, bagaimanakah harus aku menghadapi segalanya ini?

Dan, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk.
(Al-Baqarah: 45)

Ya Allah, kepada siapa untukku berharap?

Cukuplah! Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dariNya. Hanya padaNya aku bertawakal.
(At-taubah: 129)

Ya Allah berimankah aku?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja menyatakan kami telah beriman sedang mereka tidak di uji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orangsebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-Ankabut: 2-3)


sekian lama......

Puisiku untuk diriku... ^_^V


Kala kesedihan melanda diri,
Tika tiada yang memahami diri,
tatkala semua pandangan kabur,
diri lemah tidak berdaya..
aku jatuh, aku tewas melawan ujian ini!

Terasa seperti dunia ini bukan lagi tempatku,
Terasa diri ini tidak ada gunanya lagi,
Dimana hilangnya semangat itu?
Kemana perginya jiwa yang kental itu?
Aku sendiri tidak pasti !

Tiba-tiba aku tersedar dari lamunan panjangku,
Apakah hanya secebis ujian yang Allah beri,
Aku sudah mahu mengundur diri?
Adakah diriku selemah itu?
Apakah aku lupa,
Bahawa ujian Allah itu adalah untuk menguji hambaNya?

Lalu...
Dengan keyakinan padaNya..
Hanya keranaMu ya Allah..
Aku bangun semula untuk berjuang,
walau mungkin aku bukanlah sekuat perwira,
tidak juga sekebal para pejuangMu,
namun...
Aku percaya, kesusahan hari ini..
mengajar aku erti kehidupan sebenar.
Janganlah berputus asa dengan ujianNya.

sekian,
puisi ini adalah untuk menenangkan jiwa yang lara..ecewahh..huhu